JOHOR BAHRU: Tempoh reman tiga individu termasuk dua remaja yang ditahan kerana dipercayai bersubahat menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, disambung tiga hari lagi hingga 27 Dis ini.
Perintah reman yang berkuat kuasa esok itu dikeluarkan oleh Majistret R.Salini.
Terdahulu, ketiga-tiga lelaki berkenaan yang memakai baju lokap berwarna jingga, tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada 8.30 pagi.
Sebelum ini, dua remaja berusia 15 dan 17 tahun serta seorang lelaki berusia 18 tahun itu direman empat hari bermula 21 Dis yang berakhir hari ini, bagi membolehkan siasatan terhadap mereka mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan culik.
Ketiga-tiga mereka ditahan di Pontian pada 20 Dis, selepas dipercayai bersubahat menculik kanak-kanak terbabit di bandar raya ini pada 12 Dis lepas.
Sebelum ini, Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dipetik sebagai berkata seorang lelaki warga China berstatus penduduk tetap di Singapura cedera parah ketika menyelamatkan anak lelakinya daripada diculik sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta pada 12 Dis lepas, di sini.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu selamat.
Raub berkata seorang lelaki berusia 41 yang dipercayai rakan kongsi kepada warga China itu dan merupakan suspek utama, berjaya ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, di sini pada 8 malam hari sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Ketiga-tiga lelaki yang memakai baju lokap berwarna jingga, tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada 8.30 pagi. - Bernama
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
3 lelaki China ditahan culik pemilik restoran di Pulau Pinang
Empat lelaki, tiga daripadanya warga China, ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penculikan pemilik sebuah restoran di sini semalam.
Urus niaga dadah motif wanita diculik, nilai tebusan RM100,000
Urus niaga berkaitan dadah disyaki motif penculikan seorang wanita di hadapan kedai serbaneka di Jalan Sentul, di sini, dengan nilai tebusan RM100,000.
Reman tiga disyaki subahat culik kanak-kanak disambung
Tempoh reman tiga individu termasuk dua remaja yang ditahan kerana dipercayai bersubahat menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, disambung tiga hari lagi hingga 27 Dis ini.
Dua remaja antara tiga direman subahat kes culik kanak-kanak
Dua remaja lelaki antara tiga ditahan semalam, dipercayai bersubahat menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di bandar raya ini pada 12 Dis lepas.
710 kes kanak-kanak hilang sejak Januari hingga November
Sebanyak 710 kes kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dilaporkan hilang bermula Januari sehingga November tahun ini.
Tiada kejadian cubaan culik kanak-kanak di Penampang - Polis
Polis mengesahkan bahawa tiada sebarang kejadian cubaan menculik kanak-kanak di daerah ini seperti yang ditularkan di Facebook baru-baru ini.
Lelaki Nepal acu pisau, cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan
Cubaan seorang lelaki warga Nepal melarikan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di hadapan sebuah kedai roti canai di Pekan Jeniang, dekat sini, hari ini gagal apabila dia ditahan orang awam.
Bertemu semula keluarga selepas 28 tahun hilang diculik
Kai Ye, yang kini berusia 32 tahun, diculik ketika dia berumur tiga tahun. Ketika kejadian, Kai Ye berada di sebuah pasar basah di Sichuan.
25 peratus ahli parlimen India berdepan kes jenayah serius, kata badan pemantau
Empat puluh peratus ahli parlimen India sedang berdepan kes jenayah, kata sebuah kumpulan tempatan yang berkempen untuk reformasi pilihan raya pada Selasa.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes culik
Polis menahan empat individu kerana disyaki terbabit dalam kes culik seorang lelaki yang ditemukan maut berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 14 Puchong, Selangor semalam.